.
Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi satu perkara yang tidak
kurangnya penting bagi menjamin sesebuah hubungan perkahwinan agar terus
kekal.
Mungkin apa yang bakal saya kongsikan pada kali ini bertentangan dengan
pendapat majoriti dikalangan kita. Terutamanya bagi suami. Walaupun saya
sendiri adalah kaum lelaki, tapi saya tidak pernah mengutarakan
pendapat yang ‘berat sebelah’.
Sebenarnya, segala urusan hal-ehwal rumahtangga pada asalnya terletak di bahu suami.
Mengikut hukum Islam, tugas-tugas seperti berikut terletak di bahu suami:-
- Menjaga anak
- Menyediakan makan-minum isteri
- Mengurus segala keperluan rumahtangga
- Mendidik anak-anak dengan memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna
- Menyelanggara hal rumahtangga seperti memasak, menjahit, mengemas rumah dan sebagaianya
Isteri hanya bertanggungjawab MEMBANTU. Dalam kata
lain, isteri akan membantu jika pihak si suami tidak mampu dan tiada
masa untuk melakukan perkara-perkara tersebut oleh kerana tututan kerja
di pejabat.
Akan tetapi, isteri yang melakukan perkara-perkara seperti di atas tadi,
mereka akan dikurniakan dengan ganjaran pahala yang banyak dan besar
oleh Allah.
Hal ini sejajar dengan salah-satu hadis Nabi yang mengatakan bahawa:
‘Seorang wanita solehah lebih baik daripada 40 orang lelaki yang soleh.’
Untuk mengelakkan berlakunya ketidak-adilan dalam rumahtangga dan
perbalahan, maka suami perlulah juga libatkan diri dalam hal-hal
pengurusan rumahtangga jika mempunyai walaupun sedikit kelapangan.
Jangan serahkan 100% tanggungjawab rumahtangga kepada isteri.
Dengan itu, isteri anda akan lebih menghormati anda sebagai ketua
keluarga dan tidak berani untuk ingkar atau melakukan perkara-perkara
maksiat semasa ketiadaan anda di sisinya.
Anda sebagai suami, boleh buat kerja-kerja rumah ketika isteri anda
sakit atau tidak larat. Berkhidmat lah juga kepada isteri anda seperti
memasak, mengemas rumah, menyediakan dia minuman sekali-sekala, picit
kepala ketika dia pening serta bagi la dia makan ubat ketika dia sedang
sakit.