Sungguh Mengejutkan! Siapa sangka ini rupanya punca sebenar Sharifah Haslinda bercerai dengan Datuk Seri Reezal


Pelakon Sharifah Haslinda yang juga kakak kepada pelakon Sharifah Shahirah dikatakan bakal bercerai dengan suaminya iaitu Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina.

Sebutan dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat Bangi. Haslinda diwakili oleh peguamnya dan mahkamah menetapkan 2 Disember depan untuk sebutan semula berkaitan kes berkenaan.

Namun, jawapan yang diberikan oleh Haslinda ketika dihubungi oleh mStar Online bagaikan tidak mengetahui tentang perkara berkenaan selain menyatakan dia mahu keluar bersama anak-anak.

“Tak ada apa-apa kes pun. Oklah, saya sedang memandu, nak keluar dengan anak-anak,” katanya. Haslinda mendirikan rumah tangga dengan ahli parlimen Kepala Batas itu pada tahun 2005 sebagai isteri kedua. Antara lakonan terbaru Sharifah ialah drama Dhia Sofia.

Sumber: Rotikaya
back to top