Ini namanya si Tanggang moden. Kalau tidak kerana si ibu, dia tidak mungkin lahir ke dunia ini. Walaubagaimanapun, inilah yang berlaku pada dunia hari ini, di mana ibu bertuankan anak.
Dalam video yang mula tersebar di laman sosial itu, terlihat seorang lelaki sedang memarahi ibunya dengan sangat kasar. Tindakan lelaki itu dirakamkan oleh salah seorang orang awam yang turut berada di hospital tersebut.
Tindakan melampau lelaki tersebut seketika kemudian ditegur oleh salah seorang orang awam yang juga turut berada di tempat kejadian. Kami kongsikan video tersebut untuk tatapan anda.