Buat
para ibu, isteri, kakak, adik-adik perempuan serta para suami dan ayah
yang sayangkan isteri dan anak-anak perempuanya, Rasulullah s.a.w telah
memberi amaran berkenaan satu sikap golongan hawa yang menjadi
penghalang mereka daripada mencium bau syurga. Bau syurga pun tidak
dapat dihidu, apatah lagi melangkah kaki memasukinya. Nauzubillah! Moga
Allah melindungi kita semua.a
Hadis
daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku
belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti
bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan
kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang,
berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang
melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka
tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya.
Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang
sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971) Dalam riwayat Imam Malik, ada
sambungan hadis ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak
500 tahun perjalanan.” (Al-Muwatta’, no. 1421)
Kakak Memakai Baju Adik 8 Tahun
Perbincangan
kita kali ini akan tertumpu kepada golongan kedua yang disebut dalam
hadis di atas. Apakah yang dimaksudkan dengan berpakaian tetapi
t#lanj@ng? Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan
bahawa ada beberapa makna. Antaranya ialah perempuan itu menutup
sebahagian auratnya dan membuka sebahagian yang lain atau memakai
pakaian yang terlalu nipis sehingga menampakkan bentuk badannya.
Di
dalam kitab al-Muntaqa (Syarah al-Muwatta’ Imam Malik) pula, ditambah
dengan pengertian memakai pakaian tetapi terlalu ketat sehingga
menampakkan bentuk badan. Betapa ramainya para kakak pada hari ini yang
berumur 28 tahun memakai baju adiknya yang berumur 8 tahun. Memakai baju
dengan trend “see through”, kononnya mengikut peredaran zaman. Walaupun
ada inner, tetapi ia tetap menampakkan bentuk badan. Ada yang merasakan
sudah cukup sempurna apabila menutuk rambut, sedangkan tubuh badan
terserlah dengan pakaian ketat.
Wahai
kaum Hawa, peringatan ini adalah kerana sayangkan kalian, Rasulullah
s.a.w. tersangat sayang kepada umatnya. Baginda terlalu ingin melihat
umatnya melangkahkan kaki ke syurga yang penuh dengan nikmat yang kekal
selamanya.
Baginda
juga menjelaskan bahawa para wanita ini sentiasa berlenggang-lenggok
ketika berjalan sehingga menyebabkan orang lain yang melihatnya t#rg0da.
Inilah cara berjalan para pelacur pada zaman jahiliah. Inilah cara
mereka memperkenalkan diri dan menarik perhatian para pelanggan.
Syeikh
Abdul Majid al-Zindani, seorang ulama Yaman menerangkan tentang kalimah
‘mumilat’ yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis ini adalah
isim fa’il dengan makna seseorang yang menyebabkan orang lain menjadi
senget. Apabila melihat perempuan ini berjalan, ada lelaki yang akan
menatapnya dengan penuh ghairah sehingga tersenget badannya ke arah
pergerakan perempuan tersebut. Fesyen rambutnya seperti bonggol unta
yang kelihatan terhuyung-hayang ketika berjalan.
Kesan Negatif
1. Menyusahkan para isteri
Golongan
wanita yang berpakaian tetapi telanjang sebenarnya antara penyebab
pelbagai masalah rumah tangga yang berlaku. Para suami mula
membandingkan wanita tersebut dengan isterinya. Ada juga isteri yang
mula menaruh syak wasangka apabila mendapati ada rakan sekerja suaminya
yang berpakaian sedemikian rupa. Apabila virus-virus ini mula merebak
dalam rumah tangga, ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar.
2. Gangguan s#k$#al terhadap golongan lelaki
Ini
adalah satu bentuk gangguan yang menghilangkan tumpuan orang lelaki.
Dalam hadis tersebut menyatakan: ”Sehingga senget orang lelaki yang
melihatnya,” iaitu senget fizikal dan senget akalnya apabila berhadapan
dengan nafsu yang membara akibat bahana golongan wanita tersebut.
3. Mendedahkan diri kepada pelbagai bahaya
Senario
hari ini memperlihatkan betapa banyaknya kes rog@l dan pengkhianatan
kepada golongan wanita. Salah satu faktornya adalah apabila golongan
lelaki tergoda melihat tawaran hebat serta promosi percuma wanita yang
tidak bermaruah ini. Adakalanya wanita s3ksis ini tidak menjadi mangsa
tetapi n@fs# dilampiaskan kepada insan-insan lain yang tidak berdosa
seperti gadis lain, kanak-kanak bahkan ada yang menjadikan anak sebagai
mangsa.
4. Tidak menghidu bau syurga
Golongan berpakaian tetapi telanjang ini tidak dapat menghidu bau syurga apatah lagi memasukinya.
Sukar untuk Berubah
Ramai
wanita yang menyedari kesilapan ini. Bahkan betapa ramai suami yang
berasa bersalah melihat keadaan isterinya yang setiap hari ke tempat
kerja dalam keadaan berpakaian tetapi telanjang. Sukarnya mengubah
penampilan diri. Tambahan pula apabila ada yang suka menyindir melihat
perubahan positif yang cuba diusahakan.
Dalam
situasi ini, ingatlah perumpamaan yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w.
berkenaan sahabat. Sahabat yang baik seperti penjual minyak wangi,
walaupun kita tidak memperoleh minyak wanginya, tetapi pasti dapat
menumpang wangiannya. Bersahabat dengan kawan yang jahat pula seperti
berkawan dengan tukang besi, walaupun tidak terkena percikan api, tetapi
masih tidak mampu mengelak bau asap yang terkena pada badannya.
Carilah
sahabat yang menjual minyak wangi, walalupun anda tidak membelinya
tetapi anda pasti menjadi wangi kerana dapat mencubanya secara percuma
setiap hari.
Artikel oleh Ustaz Syed Nurhisham – Solusi Isu #21